Friday 21 December 2012

Pesan Seorang Pejuang dan Ulama'




Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin kepada Pemuda dan Pemudi....

"Wahai anak-anakku, telah tiba masanya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu... Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah... Sudah sampai untuk kalian menghiasi diri
dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta menconyohi kehidupan Rasulullah S.A.W...

... Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya... Lebih baik dari itu,, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W yang agung...

Wahai para PEMUDA,, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab... Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah... Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu... Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang lebih muda...

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal,, kerja dan zikir kepada Allah... Wahai anak-anakku,, aku amat berharap kamu tidak suibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat...

Wahai PUTERIKU,, aku ingin kamu berjanji dengan Allah kamu akan mengenakan hijab secara jujur dan betul... Aku meminta kamu berjanji kepada Allah bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia... Jadikanlah ibunda kamu,, Saidatina Khadijah dan Aisyah sebagai teladan... Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu... Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian...

Kepada semua,, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang... Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan... Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah... Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat... Latihlah diri kalian agar dapat dapat hidup dalam apa jua keadaan samada susah atau senang... Samada menggunakan alatan eletronik atau tidak... Latihlah diri kalian... latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar...

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan...Berpeganglah kepada agama kamu... Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada Allah..."

Begitulah pesanan dan amanah daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.... Beliau berpesan kepada semua umat Islam terutamanya kepada PEMUDA dan PEMUDI... Inilah harapan beliau dalam membina modal insan yang cemerlang....

Quote untuk : Shbt2 dalam perjuangan... Adik2 tersayang... Kakak2 tercinta.. dan semua pemuda/i, mujahideen yang ingin mengambil manfaat dari kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin..

Tuesday 27 November 2012

Saban tahun kita sering mendengar tangisan sahabat-sahabat kita diluar negara bertarung nyawa mempertahankan negara, agama dan juga diri dari serangan musuh-musuh Islam. Mereka tetap dengan pendirian mereka untuk terus mempertahankan Islam walaupun dibunuh dengan kejam. Itulah sahabat kita yang bernama saudara Palestin yang bermati-matian mempertahankan Al-Aqso.

Mereka tahu itu adalah tugas mereka mempertahankan AlQuds namun apakah tugasan kita? Persoalan ini sering kita persoalkan namun masih ramai diantara kita yg tidak sedarkan tugasan kita.

Pemimpin Hamas " Kami tidak mengharapkan kamu datang membantu kami disini keran ia adalah tugasan kami namun apa yang kami harapkan, cukuplah sekadar anda berdoa dan tegakan Islam ditempat kamu"

Ini msg mereka namun apakah tindakan kita?

Wahai sahabat JT sekalian, ingtlah kita akan disoal berkenaan perkara ini dihadapan Allah dan adakah anda bersedia menjawapnya?
sama2 kita renungkan

Thursday 18 October 2012

~ PENGUMUMAN ~


Assalamualaikum....
Aktiviti Jawatankuasa Teman..
"Berborak santai bersama Dr.Nor Hisyam(Pensyarah pusat bahasa) dan Dr Aswan (Klinik UMK) bersama Mahasiswa: bagi membincangkan tajuk "Pengurusan Tidur Menurut Aspek Kesihatan dan Islam" pada Jam 9.00 Malam di Dewan Terbuka(Belakang) bersamaan 21/10/12(ahad)...

Terbuka kepada semua Mahasiswa UMK..
*Jika berlaku perubahan, borak santai akan berlgsung di Depan pejabat Canselori.....

~ Tinta Wardah Kampus Kota~



Wednesday 3 October 2012

~ Wudhuk ~

wudhuk yang sempurna bukan sahaja dapat menggugurkan dosa-dosa kecil, malah ia dapat membantu kita menunaikan solat dengan khusyuk...

Antara tips untuk wudhuk yang sempurna ialah:

1. memberus gigi atau bersiwak sebelum mengambil wudhuk
Walaupun memberus gigi tidak wajib semasa abil wuduk, ia masih amat disyorkan.

Hadis : 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra): Nabi (saw) berkata: "Dan kalaulah tidak akan membebankan orang-orang yang beriman , saya akan telah mengarahkan mereka untuk menggunakan miswak (ubat gigi) pada tiap-tiap kali solat" [Sahih Muslim: Book 02 hadith # 0487]






2.Melazimkan diri dalam keadaan sentiasa berwudhuk

Friday 21 September 2012

~ Bicara Kesakitan ~





Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan.(HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalamShohih Sunan Tirmidzi II/286).

  Oleh itu,kita perlu bersabar dgn setiap ujian ,,kerana kesabaran itu ..ada hikmahnya... 




"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." [Ali Imran: 200]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."[al-Baqarah: 153]


Bukti Cinta Allah

Thursday 13 September 2012

SEKULARISME.....

Sekularisme melahirkan manusia yang rosak

Mengapa ramai manusia yang mengaku Islam tetapi tidak terdidik dengan Islam? Jawapannya, kerana sistem yang mendidiknya pada hari bukanlah sistem Islam! Sistem yang diamalkan pada hari ini dipenuhi dengan kebebasan dari segi tingkah laku di mana hubungan lelaki dan perempuan dibiarkan sebebas-bebasnya. Malah saban hari media cetak dan elektronik mengiklankan dan menggalakkan gaya hidup ala binatang seperti ini.

Sistem pendidikan yang ada tidak diteraskan kepada aqidah Islam yang natijahnya melahirkan individu yang tidak memiliki syakhsiah Islam dan gagal memahami serta menyedari bahawasanya berzina itu haram dan pembuangan bayi boleh dianggap membunuh dan berdosa besar di sisi syarak. Bayangkanlah di peringkat sekolah lagi telah terjadi kes kehamilan (perzinaan) dan berakhir dengan pembunuhan yang penuh tragis seperti ini. Inilah realiti kehidupan di dalam sebuah negara sekular yang memisahkan agama dari kehidupan.

Inilah antara bukti kegagalan sistem sekular yang diterapkan oleh pemerintah yang ada. Inilah buah tangan yang dihadiahkan oleh penjajah berupa sistem kufur yang menafikan agama sebagai pengatur hidup. Ternyata pelbagai usaha serta kempen yang dianjurkan oleh pemerintah sebagai penyelesaian kepada masalah pembuangan bayi seperti kempen ‘Kami prihatin,’ Sekolah Harapan, baby hatch dan yang terkini Pendidikan Seks, kesemuanya merupakan penyelesaian yang cukup lemah dan sia-sia.

Islam telah menetapkan bahawa hubungan kelamin yang sah di sisi syarak adalah hubungan yang dijalin melalui ikatan pernikahan. Dengan ikatan halal inilah pasangan itu telah sah menjadi suami isteri dan seterusnya dari mereka akan lahirlah zuriat umat manusia.

Islam juga telah menetapkan sekiranya berlaku perzinaan, maka pelakunya wajib dihukum rejam (bagi pasangan yang sudah berkahwin) ataupun sebat 100 kali (bagi pasangan yang belum berkahwin) sepertimana Firman Allah SWT:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya dengan seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” [TMQ An-Nur (24):2]

Maka untuk menyelesaikan masalah manusia secara menyeluruh, tidak ada cara lain melainkan kembali kepada Islam dengan menerapkan syariat dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara. Allah telah menurunkan sistem kehidupan yang sempurna untuk manusia seperti sistem pendidikan, ekonomi, pergaulan, uqubat dan sebagainya. Sesungguhnya hanya dengan sistem Islam sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembuangan bayi serta seribu satu macam masalah yang lainnya. Inilah sistem yang mampu mengatur kehidupan manusia kerana ianya dicipta oleh Pencipta sekalian makhluk iaitu Allah SWT.

Sebagai individu, marilah sama-sama berusaha untuk menanamkan ketaqwaan dalam diri kita. Sebagai anggota masyarakat, menjadi kewajipan kita untuk mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah dari segala kemungkaran. Kepada pihak pemerintah, wajib ke atas kamu menerapkan sistem Islam dan berdosa besarlah pemerintah yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan!

Wednesday 15 August 2012

~ Lailatul Qadar ~


Dari 'Abdullah bin Mas'ad r.a., katanya: "Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun nescaya dia bertemu dengan "Malam Qadar"
 
Jawab Ubay, "Demi Allah! Malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Aku tahu malam itu, di mana Rasulullah saw. menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu), iaitu yang kedua puluh tujuh Ramadhan.
 
Tanda-tandanya ialah, esok pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang mencorot."

(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0736.)





ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Friday 15 June 2012

~ Israk Mikraj ~


Bismillahirrohmanirrohim..


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.



Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
Surah Al-Isra': Ayat 1


Di dalam ayat ini , Allah s.w.t telah memulakan ayat dengan perkataan 'Subhana'.. bukannya 'Subhani' mahupun 'Subhanu'.. 
Ini kerana Allah s.w.t  ingin menunjukkan betapa Maha Berkuasanya Dia dengan memperjalankan hambaNya(Nabi Muhammad S.A.W) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam masa hanya SATU MALAM.. SUBHANALLAH..
Perkataan 'Subhana' merujuk kepada sesuatu yang sangat luar biasa yang dapat dilakukan oleh Allah s.w.t, Robbul A'lamin.



Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Wednesday 30 May 2012

~ Sedekah ~

Bismillahirrohmanirrohim..

sememangnya menghulurkan sedekah itu bukanlah suatu kerja mudah. Ia memerlukan hati yang tulus ikhlas untuk manusia melakukannya. Terutamanya untuk melakukan sedekah secara lahiriah dari segi harta dan wang ringgit. Namun konsep sedekah itu sebenarnya amat luas meliputi kehidupan seharian kita.

Tuesday 22 May 2012

cinta sang pencipta..

Cerpen pendek.. baca je laa k.... (^_^)



Azmi memecut kereta BMWnya. Kerjanya sudah selesai disiapkan olehnya.. Jam di keretanya menunjukkan pukul lima setengah petang. Tiba-tiba,‘’Ya Allah… cantiknya.. dia macam bidadari dari syurga.’’ Spontan hati azmi berbicara tahkala melihat seorang gadis bertudung labuh dan berwajah putih sedang menunggu sesuatu  di hadapan masjid jamek kampungnya. Jiwanya bagai menari-nari mengikut rentak denyupan jantung apabila memandang wajah wanita itu. “untunglah kalau sesiapa dapat mengahwini wanita itu.” Azmi berkata sambil memandu keretanya pulang ke rumah. Pada malam itu,Azmi tidak dapat tidur nyenyak. Hatinya umpama  sudah terpatri akan keindahan wajah ayu gadis tadi. Azmi bertekad bahawa dia sudah menemui bakal permaisuri di hatinya.Azmi yakin bahawa wanita itulah pilihan hatinya dan dia juga mahu menyapa gadis tersebut untuk memulakan  perkenalan.

Pada petang keesokan,Azmi pulang awal dari  pejabat dan dia singgah di masjid untuk menunaikan solat asar. Dia juga berharap agar gadis yang ditemuinya semalam sedang menunggu  di hadapan masjid tersebut.. seperti yang diharapkan,die ternampak kelibat gadis semalam yang sedang menunggu sesuatu.. “Assalamualaikum.” Lantas  Azmi memberi salam kepada gadis terbabit selepas die menghampiri gadis itu  dari belakang.. Alangkah terkejutnya gadis itu lalu dia pun menjarakkan dirinya dari Azmi yang tersengih seperti kerang busuk.. “hmmm,awak tunggu siapa?? Siapa nama awak?? Awak tinggal di mana??” bertalu-talu soalan terkeluar dari mulut Azmi kerana dia agak teruja apabila berdepan dengan gadis yang amat menarik hatinya.. “wa alaikumusalam,hmmm,awak… tak baik kita berdua duaan begini di hadapan masjid, tolong tinggalkan sya seorang diri.. saya takot nanti akan timbul fitnah.” Gadis itu membalas teguran Azmi dengan wajah  yang putih merah akibat disapa oleh Azmi tadi dan gadis tersebut berkata lagi. “Rasulullah SAW bersabda tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrin.. ;Hadis riwayatBukhari Muslim”..
“adus.. susah laa aku nak takel gadis ni..” Azmi merengus di dalam hatinya… “ Baiklah,saya minta diri dulu.. nama saya Azmi dan maaf sebab menganggu awak” kata Azmi dengan nada yang agak sedih dan kecewa.. Azmi segera ke keretanya dan dia pulang dengan perasaan yang agak hampa..

Pada malamnya, Azmi dan keluarganya sedang menonton sebuah rancangan yang berunsurkan kekerluargaan. Dan Azmi memberanikan diri untuk memberitahu rasa hatinya kepada ibunya.. “Mak,Azmi dah besar dan sudah bekerja.. Azmi ingin berkahwin laa mak..” Azmi meluahkan perasaan hatinya dengan wajah yg merah padam menahan malu.. “Alhamdulillah nak.. baguslah tu.. engkau pun dah berumur,tapi masih hidup membujang.. mak setuju sangat nak..” balas ibunya dengan nada gembira apabila mgetahui hajat anaknya itu.. “tetapi nak.. sapa calonnya??” ibunya bertanya kepada Azmi.. lalu Azmi menjelaskan bahawa hatinya sudah tertarik dengan gadis yang sering di lihatnya ketika balik dari kerja.. secara kebetulan,ibunya mengenali gadis yang dimaksudkan oleh Azmi tadi.. gadis itu adalah anak kepada imam masjid jamek kampungnya.. Gadis itu  berkerja sebagai guru agama di sekolah agama bersebelahan  masjid kampungnya.. alangkah gembiranya Azmi kerana kerjanya semakin mudah untuk dia mengenali  gadis tersebut..
Pada suatu hari, Azmi berjaya memiliki nombor telefon bimbit gadis itu.. Itu pun apabila ibunya yang bersusah payah menolongnya  untuk mendapatkan nombor telefon  gadis idamannya itu.. Azmi sering menghantar sms kepada gadis tersebut,namun gadis tersebut seperti tidak melayannya.. hatinya pasrah dan agak kecewa dengan tindakan gadis itu.. tetapi pada suatu malam die menerima sms dari gadis tersebut.. sms itu bertulis…..

Salam.. awk,bukan sya tidak mahu melayan awk.. tp esk jam 4.30 ptg sila tggu  sya di hadapan masjid.. jgn terlewat atau terlambat.. sya beri peluang kepada awk..

Azmi berasa gembira sangat kerana segala perasaan yang dipendam olehnya sekian lama telah disahut oleh gadis itu… pada malam itu, tidur Azmi tidak lena seperti hari-hari sebelumnya..

Jam menunjukkan pukul 4.45 petang.. sudah lama Azmi berdiri disitu,di hadapan masjid... tapi bayangan gadis idamannya masih tidak kelihatan dan muncul.. “hmmm,mana dia ni.. cakap jam 4.30 kat sini.. tapi tak muncul-muncul pulak..” kata Azmi sambil mengelap peluh jantannya yang menitik di dahinya. Tidak lama kemudian..

“Allahuakhbar… Allahuakhbar…….” Bilal melaungkan Azan Asar. Hati azmi resah kerana gadis yang dia minati masih belum muncul dan menampakkan batang hidungnya. “Haish… dah asar nie,tapi dia tak datang lagi.. hmmm,mungkin dia nak menguji kesabaran aku dan kesetiaan aku ni.. tak pe laaa,aku tunggu dia sampai dia datang.. aku tak kan berganjak dari tempat ni” tegas hati Azmi walaupun dia agak malu kerana semasa itu orang ramai telah berpusu-pusu ke masjid untuk solat berjemaah. Azmi tetap nekad untuk menunggu gadis pilihannya itu. Masa berlalu tidak dirasai olehnya. Kini sudah hampir lewat petang dan dia masih belum menunaikan solat asar. Azmi masih menunggu cinta hatinya yang tidak muncul-muncul. Sudah beratus sms dan panggilan dibuat olehnya kepada gadis itu. Namun gadis itu hanya mendiamkan diri. “celaka engkau gadis.. sampai hati kau buat aku macam ni!” berontak hati Azmi. Kini dia berasa sungguh tercabar dan dia berasa seolah-olah ditipu oleh gadis itu. Tiba-tiba azan maghrib berkumandang. Azmi yang tengah marah itu tidak mempedulikan laungan Azan itu. Di dalam hatinya Cuma ada api kemarahan yang membara-bara sehingga terhapus kejernihan imannya. Dia bergegas ke kereta yang diparkin di dalam masjid itu. Keegoan laki-lakinya lebih kuat berbanding keimanannya dan dia terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi tanpa menjejakkan kakinya ke masjid untuk  menunaikan solat maghrib berjemaah..

Pada keesokan harinya,Azmi ke tempat kerja seperti biasa. Semasa dia pulang dari pejabatnya,dia terlihat gadis itu di hadapan masjid. Azmi berhenti di tepi masjid. Dia segera keluar dan menghempas pintu keretanya lalu meluru ke arah gadis itu. “Hei,awak.. kenapa awak tipu saya?!” Azmi memarahi gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum dan memberi salam kepadanya. Azmi terasa malu dengan tindakkannya tadi. Kemudian sepucuk surat dihulurkan oleh gadis itu kepada Azmi. Azmi kebinggungan dan hanya melihat gadis itu pergi meninggalkannya.
Malam itu Azmi membuka sampul surat itu. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui apa isi dalam surat itu. Azmi terus membaca…………..

Assalamualaikum wbt..
Terlebih dulu,sya memohon seribu kemaafan kepada awk..
sya tidak bermaksud untuk mempermainkan awk,perasaan dan hati awk..
sya cuma ingin menguji awk dan mengenali awk secara tersirat..
sebenarnya semalam sya saja memerhati awk dari jauh..
sya ingin  melihat kesetiaan awk kepada sya ataupun kpda Sang Maha Pencipta..
tetapi ternyata awk melebihi cinta manusia daripada Cinta Ilahi…
awk sanggup menunggu cinta insan  tetapi awk tak sanggup membalas Cinta yg Hakiki..
awk tidak peduli akan panggilan Allah kerana awk sggup menunggu  seseorg yg masih belum tentu membawa awk ke Syurga kelak…
“Dia menentukan rahmatNYa kepada siapa yang dikenhendakiNYa dan Allah adalah pemilik kurnian yang Agung..” Ali Imran:74..
Tidak salah awk ingin melabuhkan cinta awk kepada sya kerana sya tahu..
Cinta itu adalah anugerah yang suci dari Allah kpd hambaNYA…
Tetapi  cinta kepada Allah adalah cinta yang paling Agung..
Kemudian,cintailah Rasulmu dgan menuruti sgala amalan dan kitabnya..
Dan curahkanlah kasih syang kepada ibu dan bapamu dahulu sbelum kamu mencintai seseorg…
Secara jujurnya, sya menyayangi awk sebagai muslim ..
dan sya tidak mahu awk terus alpha dengan cinta duniawi..
 Sehingga awk hilang pertunjuk dariNYA…

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.” 
Hadis riwayat Bukhari  Muslim..
Jadi…
awk cubalah berubah untuk kebaikan ini.. dan berdoalah kpdaNYA kerana DIA tempat kite bergantung…
Saya sedang menanti kemunculan seorang pejuang Islam untuk membawa sya ke Syurga kelak…..

Azmi terduduk… “aku mesti berubah…” tetiba air matanya mengalir membasahi pipinya…….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~tamat~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil nukilan,
Zul Fahmi on Thursday, 18 August 2011 at 15:59 ·
Universiti Malaysia Kelantan,



Monday 21 May 2012

REJAB MENDATANG II

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah masih diberi kurniaan nikmat iman dan islam oleh Allah s.wt. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulillah s.a.w. 

1 Rejab 1433 Hijrah (22 Mei 2012)

Menyusuri hari-hari yang makin pantas berlalu, akhirnya Rejab muncul lagi
Apabila ditanya apa yang ada dengan bulan Rejab ini? 
Seberapa ramai yang mampu bercerita, berkongsi dan mengimbau kembali coretan-coretan sejarah Rejab
Cuba tepuk dada, kejutkan hati kita, tanya iman serta ilmu kita 
Sejauhmana kita sedar, sejauhmana kita cakna akan kehadiran bulan Allah, Rejab ini

Apa itu Rejab?

Rejab ertinya mulai atau agung di mana bulan Rejab dianggap mulia khususnya bagi bangsa Arab terdahulu. Disebabkan orang-orang arab pada zaman dahulu begitu memuliakan bulan Rejab, mereka telah menyambut kehadiran bulan Rejab dengan berbagai cara. Antaranya termasuk : 

  1. Menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara' 
  2. Menjelang 10 Rejab disembelih seekor lagi unta dan dinamakan korban Utairah
  3. Sepanjang bulan Rejab, diharamkan berperang dan berbunuh-bunuhan
  4. Pada tanggal 1 rejab juga pintu Kaabah telah dibuka sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk beribadah sepuas-puasnya

Walaubagaimanapun, setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak lagi diamalkan seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 rejab berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 


"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Peristiwa penting pada bulan Rejab

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam


  • Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
  • Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. 
  • Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. 
  • Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.


 2. Israk dan Mikraj

  • Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 
  • Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. 
  • Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.


 3. Peperangan Tabuk

  • Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. 
  • Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.
  • Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.


4. Pembebasan Baitul Maqdis

  • Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. 
  • Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. 
  • Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.
  • Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


 5.Lahirnya Imam Syafie RH

  • Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. 
  • Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M.
  •  Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie.
  •  Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm..

sumber : di sini

Ayuh warga UMK PC
kita sama-sama memperbanyakkan amalan pada bulan Rejab ini
tambahkan ilmu, perkuatkan ibadah dan tingkatkan iman
jangan lepaskan peluang keemasan
Moga ALLAH tuntun...^_^

Usaha Tangga Kejayaan

wallahua'lam




Sunday 20 May 2012

REJAB MENDATANG

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

*Xlama dah nak masuk ramadhon....blh dh try2 POSA??....

Friday 11 May 2012

HUKUM SAMBUT HARI IBU

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.
2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

Saturday 28 April 2012

~ Khusyuk ~























Bismillahirrohmanirrohim..

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya."
Surah Al-Mukminun: (Ayat 1 & 2)

Allah S.W.T  telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa di antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Lalu manusia yang beriman semampu daya dan usaha mereka untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat. Namun tahukah kita apakah erti khusyuk di dalam solat yang sebenar?
khusyuk bermaksud: Menumpukan perhatian dan ingatan sepenuhnya kepada Allah semasa melakukan ibadah.
Semasa menunaikan solat, kita perlu berusaha untuk menumpukan seluruh perhatian kepada Allah semata-mata.

Saturday 21 April 2012

~Kempen Internet Toyyibah~


Assalamua'laikummussalam..


Kempen menggunakan internet secara baik!!! sebar bnda BAIK..org baca...kita dpt PAHALA free...lau MENGUMPAT dapat DOSA free....mana 1 nk top up????



"KEMPEN INTERNET TOYYIBAH"

“Walaupun kita menggunakan internet(alam maya), jangan fikir kita bebas dan terlepas dari hitungan Allah. Malaikat tidak pernah berehat untuk mencatat amal atau dosa yang kita lakukan walau semasa sedang ONLINE!”


Monday 16 April 2012

Nikmat






Nikmat Allah berikan kpd kita adalah sangat banyak, namun bersyukurkah kita?????

Saturday 14 April 2012

~ Salam ~



Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamua'laikum w.b.t...

Salam yang diberi wajib dijawab..


firman Allah تعالى :
ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

Monday 2 April 2012



DI atas merupakan Buletin Tinta Wardah bagi Bulan 3 yg bertemakan "Usahawan Menurut Islam".

Sunday 25 March 2012

~ Zuhud dan Cinta Dunia ~



              
           Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Pengertian yang kedua, iaitu mengikut pengertian syariat inilah yang akan dibentangkan. Kerana zuhud mengikut syariat adalah disukai oleh Allah dan Rasul. Ia juga termasuk dalam sifat-sifat mahmudah.                
        Kalau demikianlah pengertian zuhud itu, tidak semestinya orang yang zuhud itu tidak memiliki dunia atau mesti meninggalkan segala nikmat-nikmat dunia. Boleh jadi nikmat dunia yang dimilikinya lebih banyak dari orang lain atau dia mengendalikan dunia dengan banyaknya. Namun demikian, dunia yang banyak itu, yang dimilikinya atau yang dikendalikannya itu tidak mempesonakannya. 

         Sedikit pun dunianya yang banyak itu tidak terjatuh ke hatinya. Bahkan dunia itu ada atau tidak, sama saja baginya. Dia memiliki dunia serta mentadbirnya adalah dengan tujuan agar dunia itu dijadikan alat untuk membolehkannya beribadah kepada Allah SWT dan berkhidmat sesama manusia.

Monday 19 March 2012

~Syukur~

Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sebenarnya mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah. 

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
 “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah Al-Baqarah: ayat 156-157)

Bahagian syukur itu ada tiga:

Wednesday 7 March 2012

~Malam Bersama Jawatankuasa Teman~

Asalamualaikum w.b.t..


Sempena pembukaan semester baru tahun 2012,pihak Jawatankuasa Teman akan mengadakan program "Malam Bersama JT" di kampus UMK Pengkalan Chepa.


"Malam Bersama Jawatankuasa Teman (Jt-unipen)"
Tempat: Dewan Terbuka Keusahawanan
Tarikh: 10/03/2012 (Sabtu)
Masa: 9.00-10.30 mlm

          Semua mahasiswa dan mahasiswi dijemput hadir~

            Islam terus relevan dan unggul sepanjang zaman!

Thursday 23 February 2012

Wasiat Khalifah Ali R.A ( Berakhlak Sepanjang Hayat)



"Barang siapa berasa cukup dengan apa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t, maka dia kaya. Barang siapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin. Barang siapa tidak redho( tidal rela ) dengan apa yang diberikan Allah s.w.t kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-NYA (Qadha'- Nya).

Thursday 16 February 2012

Belajar Hidup Dari Sebuah Kematian


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  
(Al- Imran : 185)
Assalamualaikum...

Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran, seperti ayat diatas. Maka kematian itu sememangnya suatu yang pasti bagi kita. Apabila tiba masanya nanti, tidak akan dilewatkan atau dilewatkan walau sesaat. Maha Suci Allah yang telah menetapkan cara kematian kita sesuai dengan cara hidup kita di muka bumi yang sementara ini.

Jadi, kembali kepada tajuk kali ini, pasti ramai tertanya bagaimana nak belajar hidup dari sebuah kematian?