Tuesday 9 July 2013

Kelebihan Dan Fadilat Amal Di Bulan Ramadan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadan). (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Nasa'i)

Dengan kedatangan Ramadan syaitan dibelenggu supaya tidak dapat menggoda orang yang berpuasa.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada menggoda mangsanya)". 
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat beberapa amal-amal soleh yang di tuntut kalian laksanakan ketika bulan Ramadan.
Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan reda dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Kedua : Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Maksudnya : "Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (Hadis Riwayat al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Ketiga : Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Maksudnya : "Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani r.a. katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: 'Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadan dan berqiam Ramadan, maka dari golongan siapakah saya ini? ' Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”. (Hadis Riwayat al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Keempat : Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Hadis Abu Zar r.a., sabda Nabi SAW maksudnya : “Barangsiapa berqiam (Ramadan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Kelima : Memperbanyakkan bersedekah dan bertadarus al-Quran :

Dari Ibnu Abbas, berkata: "Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi S.A.W). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.' (Hadis Bukhari dan Muslim)

Keenam : Banyakkan membaca kaliamah syahadah dan beristighfar, berdoa memohon syurga dan berlindung dari neraka.


Nabi SAW bersabda maskudnya : "Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu itu ialah: 

Pertama - Mengucap (kalimah) :

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله

Kedua - (banyakkanlah) Beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
أستغفر الله

Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:

نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

"Dan selain itu, (sabda baginda lagi): "Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga."
(Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih, gembira dan reda. Tingkatkanlah amal ibadah, amal soleh dan melakukan ibadah puasa dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan boleh membatalkan pahala puasa kita. Kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh semoga kita mendapat keredaan Allah SWT dan diterima ibadah puasa kita.

Saturday 29 June 2013

Nilai Sebuah Kemaafan


Saya telah hampir menghabiskan baca senaskah buku hasil tulisan seorang pakar motivasi ; DATO HM TUAH...dan saya tertarik dengan satu kisah yang turut dikongsikan dalam naskah buku tu..tajuk modulnya ..HAK ANDA UNTUK MEMAAFAN ATAU TIDAK..


Ia mengenai satu peristiwa yang telah berlaku pada zaman nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..    

Suatu hari ,tatkala melihat rasulullah tersenyum bersendirian SAIDINA UMAR pun bertanya apakah sebabnya.

Jawab baginda , 

   Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan haknya .Yang pertama berkata,
      "YA ALLAH,berikanlah hak-hak ku yang telah dizalimi oleh orang itu"
   Berfirman ALLAH S.W.T..
      ''berikanlah haknya yang telah kau zalimi itu!..''
   Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih,
      ''YA ALLAH,wahai TUHANku, sesungguhnya kebaikan ku telah habis semuanya maka
      tidak ada lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini''
   Dijwb oleh penuntut itu,,
       "oleh itu kau mesti menangung segala dosa ku sebagai gantinya,,"
 
Tatkala itu kelihatan nabi S.A.W mengalirkan air matanya menahan kesedihan, lalu ia terus bersabda lagi,
 
    Kemudian ALLAH berfirman kepada orang y menuntut itu..
      "Angkatlah kepalamu & lihatlah syurgaKU"
Apabila dilihat oleh penuntut itu Syurga y penuh didalamnya kota-kota y berlantaikan perak & gedung-gedung  indah daripada emas bertatahkan perak & intan permata y indah pandangnya, 

     D
ia bertanya
       "apakah itu semua untuk para nabi atau syuhada?
     Maka jawab ALLAH S.W.T ,,
       "itu untuk sesiapa yang sanggup membayarnya!!.."
     Maka kata si penuntut itu,
        "Ya ALLAH,siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurgaMU yang
         amat hebat itu?"
     Dijawab oleh ALLAH,
        "engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah
          menzalimimu itu..
     Maka kata si penuntut itu,
        "kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadap ku.."
     lalu ALLAH bersabda, 
        "pimpinlah tangan orang itu bersama-sama kedalam syurga itu"

Kemudian nabi S.A.W bersabda,
       "maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim.."
barulah saidina umar mengetahui sebab nabi tersenyum tadi..


 ----------------------------------------------------------------------------------------------

wahai diriku n sahabatku..

kadangkala sukar untuk beri kata maaf itu..itu aku juga mengakuinya..tapi lihatlah betapa indahnya nilai kemaafan itu...sebuah mahligai syurga sebagai imbalannya..

Dan pada masa yang sama..kita haruslah bersama-sama berhati-hati dalam pergaulan kita..ingatlah bukan semua manusia dapat memberi kemaafan itu...andai ia tidak dapat menebusnya, dosa orang lain pula terpaksa ditanggungi, sedangkan dosa sendiri juga berat untuk ditanggungi, inikan pula ditambah lagi dosa org lain pula..
Nauzubillah..

Ya ALLAH..
bimbinglah diri ini sehingga kami dapat menikmati syurgaMU itu..
dan pagarlah diri kami dari terus mendekati lembah kemurkaanMu..
ameen..

Selawat dan salam buat nabi jungungan kami..Nabi Muhammad s.a.w ..
Ya Nabi, 
kami rindu padamu.. 
syafaatilah kami..
berilah kami peluang untuk dapat menatapi wajah mu kelak..
sesungguhnya hati ini merinduimu..
doakanlah kami disini kuat untuk terus menjalankan ibadah dalam hidup ini..






Zaid Bin Harithah




Pernahkah anda mendengar cerita mengenai Zaid Bin Harithah? mari luangkan sebentar masa anda untuk membaca secebis dari sejarah hidup beliau. Semoga dapat sesuatu yang bermanafaat darinya. 

Zaid Bin Harithah  merupakan salah seorang sahabat yang terawal menyambut seruan islam tatkala Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w  untuk menyebarkan dakwah mengenai agama yang Hak  iaitu agama Islam. Beliau  tinggal dirumah baginda.

 Pada awalnya, ia bukanlah seorang hamba. Sewaktu beliau kecil, kaum nya telah diserang, dan ia ditawan lalu dijualnya sebagai hamba. Lelaki ini sering  bertukar-tukar tangan pemiliknya, sehinggalah, Siti Khadijah menjadi pemiliknya. Semasa srikandi ini berkahwin dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah telah menghadiahkan zaid kepada Baginda dan jadilah ia sebagai pembantu baginda S.A.W.

Setelah peperangan yang berlaku pada kaumnya tamat, si ayah kepada lelaki ini memulakan misi pencarian anak kandungannya yang terpisah ini. Dari satu tempat ke satu tempat, akhirnya si ayah mengetahui bahawa anaknya berada di Mekah bersama Rasulullah.  Lalu si ayah menemui baginda untuk menebus si anak.

Sungguh mulia hati Nabi kita ini, baginda telah menolak wang tebusan yang ditawarkan dan sebaliknya baginda S.A.W memberi Zaid sendiri membuat keputusan untuk terus tinggal bersama baginda S.A.W atau pulang bersama ayah kandungnya.

Zaid berkata, “demi Tuhan, Aku tidak akan mendapati orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih baik daripada Muhammad S.A.W walaupun ibu dan ayahku sendiri”

Kenyataan lelaki ini telah membuatkan ramai pihak terkejut termasuk si ayah dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Bagi memuliakan zaid dan si ayah, Baginda telah memerdekakan Zaid dan mengiklankan ia sebagai anak angkat baginda dan menamakan ia sebagai Zaid Bin Muhammad. 

Kemudian turun ayat  larangan  men”bin”kan anak angkat  mengunakan nama ayah angkatnya. 
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ
“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” [QS al-Ahzab: 5]

Lantas Rasulullah menukar kembali nama Zaid kepada Zaid Bin Harithah.

Thursday 9 May 2013

Ayuh berDhuha





PENGENALAN


Di ketika waktu fajar itu melabuhkan tirainya, maka masa inilah hadir kurniaan rezeki oleh  Allah s.w.t sedang melimpah ruah buat setiap hambanya yang terpilih. Justeru itulah, sebagai hamba , kita perlu menyatakan setinggi-tinggi rasa kesyukuran atas tiap kurniaan Ilahi. Di sini bertambahlah rahmat dan kemurahan rezeki keatas hamba-hamba yang dikasihiNya.


Fajar merupakan cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur di waktu pagi.ia terbahagi kepada 2 keadaan : 
   1) Fajar yang mana nampak padanya sinar yang halus agak nipis menjulang tinggi keatas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak diharamkan makan dan minum bagi yang berpuasa.
  2) Fajar yang melintang cahayanya diarah yang sama.


Maka selepas fajar menyising maka datanglah waktu yang dinamakan ‘Dhuha’. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu zohor. Dalam pengertian ilmu Fiqih, waktu Dhuha itu bermula sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah.


Nabi Muhammad s.a.w  sangat mengalakkan umatnya untuk mendirikan solat sunat Dhuha sebanyak 2 @ 4 rakaat , 8 @ 12 rakaat, meskipun hukumnya adalah sunat, namun ia adalah sangat dituntut untuk dikerjakan. 



FADILAT DAN KHASIATNYA


Sebagaimana yang diketahui tiap sunnah Rasulullah s.a.w yang kita cintai itu , pasti terkandung dalamnya pelbagai hikmat keatasnya.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam hadithnya , yang mana rasulullah bersabda , maksudnya ,

“ siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqomah , akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosanya seluas lautan “



Bukan itu sahaja, baginda bersabda lagi,

“ Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran ( kemiskinan ) , dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat”.


Dari Nuwas bin Sama’an, rasulullah s.a.w bersabda:

“ Allah berfirman : wahai anak adam, jangan sesekali kau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang, (solat Dhuha ) , nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petangnya”

[ Al-Hakim dan Thabrani ]


Sementara itu, didalam hadith lain pula, , Rasulullah s.a.w bersabda ,
“ hendaklah masing-masing, tiap-tiap pagi bersedekah untuk persedian badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid dan setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat “

[ Ahmad Muslim dan Abu Daud ]


Didalam hadith yang lain pula, diterangkan seperti berikut ,

“ bahawasanya disyurga ada pintu yang dinamakan “ Dhuha “ . Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, berserulah penyeru (malaikat )  : manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah “

 [ Al-tabrani ]



DOA DHUHA



Ya Allah ,

sesungguhnya waktu Dhuha itu, waktu DhuhaMu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu.


Ya Allah ,

Sekiranya rezeki ku ada dilangit maka turunkannya, jika ada dibumi keluarkannya , jika jauh  dekatkanlah dan jika hampir permudahkannya dengan kebenaran DhuhaMu , cahayaMu , kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yng soleh.


Ya Allah ,

Cucurilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarganya dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah , Tuhan seru sekelian alam.



[ sumber rujukan : panduan solat Dhuha ,Muhammad Uzair Al Aziz ‘Edisi 1994’ ]

  

Wednesday 8 May 2013

…Di mana DIA diHatiku…


Duhai pemilik hati,
Selam jauh disanubari,
Intailah dimana letak hatimu
Dustakah hatimu itu?
Sehingga kau tidak lagi melihat kebenaran yang datang bertandang  kepadamu.
Butakah hatimu itu?
Sehingga tidak lagi kau melihat nur daripada tuhanmu itu.
Sakitkah hatimu itu?
Sehingga dirimu tidak mampu menilai dan mentafsir cinta sang pencipta cinta itu.
Matikah hatimu?
Sehinggakan teramat sukar untuk kau menghidupkan cinta DIA di dalam hatimu.

Irama hatimu hanya berpaksi kepada kemahuanmu,
Dirantai dan terus dibelenggu,
Tersadai lesu pada pangkalan nafsu,
DIA sentiasa bersamamu, meski dikau tidak pernah peduli.
DIA sentiasa menjagamu, meski dikau tidak pernah meminta simpati.
DIA memakbulkan hajatmu, meski dikau tidak pernah berdoa pada kala sunyi.
DIA cinta padamu, meski dikau tidak pernah menghargai.

Lihatlah…
Renunglah…
Siapa DIA dihatimu..
DIA bukan hanya persinggahan buatmu tetapi DIA adalah sandaranmu..
DIA adalah destinasimu..

~bersama mencari redha Allah~ (^_^)

Tuesday 23 April 2013

Kita Sang Pejuang




Kita sang pejuang,
umpama bebintang,
Meski jauh tetap terang,
Meski kekadang hilang. tetap bercahaya
Jauh di renung ke dalam jiwa
Saling menunjuk arah tujuan
Walau kadang kelipan pudar,
Namun penyeri kepada rembulan…


Kita Sang Pejuang,
Tak berhenti melangkah kerana kemuncup yang melekat,
Tak mengeluh kerana duri yang tertancap,


Kita sang pejuang,
Pasti ketemu ranjau sepanjang jalan,
Kerana dari situ kita ketemu kemanisan berjuang,


Kita sang pejuang,
Adalah sang singa yang gagah bertempur disiang hari,
Namun malam adalah sang abid yang merintih sayu mengenang dosa..


Kita Sang Pejuang
mengangkat senjata di medan perang,
wira di dunia tanpa sempadan,
tajamnya pena di warkah harian,
lidah yang petah berhujah,
seluruh kudrat dikerah
seluruh keringat tercurah


Kita sang pejuang ,
Biarlah terhina dimata insan,
Namun mulia dipandangan tuhan

Kita sang pejuang,
Andai terpisah didunia fana,
Moga kita berterbangan bebas 

mencari syurga bersama
para syuhada kelak..


~Ahmad Husna B. Mohamed~ 

Monday 22 April 2013

~alahai manusia~


Nak kongsi satu cerita untuk renungan sahabat semua..ini bukan rekaan tapi kenyataan..

          Masa cuti akhir sem lepas,,ada sorang akak ni ajak ana join pogram di Muar,,katanya pogram belia..ana pun minta izin mak nak join pogram tu..tapi pergi bertiga la dengan adik dan akak..yela,,saja nak isi masa terluang kan..perjalanan dari tempat kami ambil masa dalam 2 jam lebih..kami bertolak jam 4 petang dan sampai dalam jam 6.30..sampai saja di tempat pogram kami diminta untuk berkumpul ..yang pasti time tu semua orang tak solat asar lagi..yela pergi jam 4 kan,belum masuk waktu asar lagi..melilau-lilau mata kami cari surau kat kawasan tu tapi tak nampak pun surau..then,,terpandang lah sorang akak ni yang pakai tudung labuh..ana ckap kat akak ana, “eyh,entah-entah dia nak pergi sembayang kot..mana tau ada surau kat sana kan..”. kami pun ikut la akak tdung labuh tu..em,,memang tepat la tekaan kami,,ada khemah khas disediakan kat situ..

          Waktu tu dah hampir pukul 7 jugak la..tahu tak apa yang berlaku???oh lupa bagitau,,kami pergi 2 bas..yang join tu mejoriti umur 35 ke 50 macam tu lah..yang budak-budak belia ni tak ramai sangat naik bas dengan kami..ok…sambung semula la cerita...nak tahu kana pa yang jadi??haaa….nak bagi tahu la..kat tempat tu boleh dikatakan ramai la orang..lebih seribu jugak la..tapi…..masa kami solat asar tu,,boleh dikira berapa orang yang solat..tak tahu la sebelum waktu kami solat kan..yang pasti,,kakak2,,makcik2,,adik2 yang naik bas dengan kami takda sorang pun yang jejak kaki kat khemah solat 2 melainkan kami bertiga..herrmm..agak sedih la bila berlaku depan kita perkara cam tu kan..same jugak masa solat magrib,,tetap berlaku benda yang sama…astaghfirullah..yang pelik lagi,,boleh pulak diorang bergegas nak tukar pakaian sedangkan solat yang wajib ni dibiarkan..manusia…0h manusia…

          So??apa yang kamu semua dapat??dunia ni sementara je kan..kita selalu ja ‘cepat’ bila urusan dunia..tapi bila urusan akhirat cam solat tadi kite pon ‘cepat’ jugak kan…cepat ape?? ‘cepat’ urusan dunia = ‘cepat buat’.. ‘cepat’ urusan akhirat = ‘cepat tinggal’…wajar ke??

~ bersama menuju redha Allah ~