“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”.(HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalamShohih Sunan Tirmidzi II/286).
Oleh itu,kita perlu bersabar dgn setiap ujian ,,kerana kesabaran itu ..ada hikmahnya...
"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." [Ali Imran: 200]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."[al-Baqarah: 153]
Bukti Cinta Allah
Sekularisme melahirkan manusia yang rosak
Mengapa ramai manusia yang mengaku Islam tetapi tidak terdidik dengan
Islam? Jawapannya, kerana sistem yang mendidiknya pada hari bukanlah
sistem Islam! Sistem yang diamalkan pada hari ini dipenuhi dengan
kebebasan dari segi tingkah laku di mana hubungan lelaki dan perempuan
dibiarkan sebebas-bebasnya. Malah saban hari media cetak dan elektronik
mengiklankan dan menggalakkan gaya hidup ala binatang seperti ini.
Sistem pendidikan yang ada tidak diteraskan kepada aqidah Islam yang
natijahnya melahirkan individu yang tidak memiliki syakhsiah Islam dan
gagal memahami serta menyedari bahawasanya berzina itu haram dan
pembuangan bayi boleh dianggap membunuh dan berdosa besar di sisi
syarak. Bayangkanlah di peringkat sekolah lagi telah terjadi kes
kehamilan (perzinaan) dan berakhir dengan pembunuhan yang penuh tragis
seperti ini. Inilah realiti kehidupan di dalam sebuah negara sekular
yang memisahkan agama dari kehidupan.
Inilah antara bukti
kegagalan sistem sekular yang diterapkan oleh pemerintah yang ada.
Inilah buah tangan yang dihadiahkan oleh penjajah berupa sistem kufur
yang menafikan agama sebagai pengatur hidup. Ternyata pelbagai usaha
serta kempen yang dianjurkan oleh pemerintah sebagai penyelesaian kepada
masalah pembuangan bayi seperti kempen ‘Kami prihatin,’ Sekolah
Harapan, baby hatch dan yang terkini Pendidikan Seks, kesemuanya
merupakan penyelesaian yang cukup lemah dan sia-sia.
Islam
telah menetapkan bahawa hubungan kelamin yang sah di sisi syarak adalah
hubungan yang dijalin melalui ikatan pernikahan. Dengan ikatan halal
inilah pasangan itu telah sah menjadi suami isteri dan seterusnya dari
mereka akan lahirlah zuriat umat manusia.
Islam juga telah
menetapkan sekiranya berlaku perzinaan, maka pelakunya wajib dihukum
rejam (bagi pasangan yang sudah berkahwin) ataupun sebat 100 kali (bagi
pasangan yang belum berkahwin) sepertimana Firman Allah SWT:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap
seorang dari keduanya dengan seratus kali sebatan dan janganlah belas
kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah,
jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah
(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari
orang-orang yang beriman” [TMQ An-Nur (24):2]
Maka untuk
menyelesaikan masalah manusia secara menyeluruh, tidak ada cara lain
melainkan kembali kepada Islam dengan menerapkan syariat dalam kehidupan
individu, masyarakat dan Negara. Allah telah menurunkan sistem
kehidupan yang sempurna untuk manusia seperti sistem pendidikan,
ekonomi, pergaulan, uqubat dan sebagainya. Sesungguhnya hanya dengan
sistem Islam sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembuangan bayi
serta seribu satu macam masalah yang lainnya. Inilah sistem yang mampu
mengatur kehidupan manusia kerana ianya dicipta oleh Pencipta sekalian
makhluk iaitu Allah SWT.
Sebagai individu, marilah sama-sama
berusaha untuk menanamkan ketaqwaan dalam diri kita. Sebagai anggota
masyarakat, menjadi kewajipan kita untuk mengajak kepada perkara yang
makruf dan mencegah dari segala kemungkaran. Kepada pihak pemerintah,
wajib ke atas kamu menerapkan sistem Islam dan berdosa besarlah
pemerintah yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan!