Monday 21 May 2012

REJAB MENDATANG II

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah masih diberi kurniaan nikmat iman dan islam oleh Allah s.wt. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulillah s.a.w. 

1 Rejab 1433 Hijrah (22 Mei 2012)

Menyusuri hari-hari yang makin pantas berlalu, akhirnya Rejab muncul lagi
Apabila ditanya apa yang ada dengan bulan Rejab ini? 
Seberapa ramai yang mampu bercerita, berkongsi dan mengimbau kembali coretan-coretan sejarah Rejab
Cuba tepuk dada, kejutkan hati kita, tanya iman serta ilmu kita 
Sejauhmana kita sedar, sejauhmana kita cakna akan kehadiran bulan Allah, Rejab ini

Apa itu Rejab?

Rejab ertinya mulai atau agung di mana bulan Rejab dianggap mulia khususnya bagi bangsa Arab terdahulu. Disebabkan orang-orang arab pada zaman dahulu begitu memuliakan bulan Rejab, mereka telah menyambut kehadiran bulan Rejab dengan berbagai cara. Antaranya termasuk : 

  1. Menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara' 
  2. Menjelang 10 Rejab disembelih seekor lagi unta dan dinamakan korban Utairah
  3. Sepanjang bulan Rejab, diharamkan berperang dan berbunuh-bunuhan
  4. Pada tanggal 1 rejab juga pintu Kaabah telah dibuka sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk beribadah sepuas-puasnya

Walaubagaimanapun, setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak lagi diamalkan seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 rejab berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 


"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Peristiwa penting pada bulan Rejab

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam


  • Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
  • Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. 
  • Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. 
  • Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.


 2. Israk dan Mikraj

  • Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 
  • Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. 
  • Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.


 3. Peperangan Tabuk

  • Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. 
  • Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.
  • Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.


4. Pembebasan Baitul Maqdis

  • Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. 
  • Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. 
  • Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.
  • Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


 5.Lahirnya Imam Syafie RH

  • Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. 
  • Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M.
  •  Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie.
  •  Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm..

sumber : di sini

Ayuh warga UMK PC
kita sama-sama memperbanyakkan amalan pada bulan Rejab ini
tambahkan ilmu, perkuatkan ibadah dan tingkatkan iman
jangan lepaskan peluang keemasan
Moga ALLAH tuntun...^_^

Usaha Tangga Kejayaan

wallahua'lam




No comments:

Post a Comment