Jawatankuasa Teman

Pimpinan Jawatankuasa Teman Kampus Pengkalan Chepa terdiri daripada pimpinan baru dalam bidang dakwah dan secara puratanya adalah daripada mahasiswa/i tahun 2. Walaupun ramai daripda kami yang dikatakan masih junior dalam bidang dakwah beroganisasi ini, ia bukanlah penghalang bagi kami meneruskan kerja-kerja mulia sunnah para nabi dan rasul ini. Ia merupakan cabaran yang memberikan lebih tonik motivasi dan kesungguhan dalam membuktikan kemampuan disamping keikhlasan bagi mencapai redho Allah.

Pada kami, batuan dan sokongan daripada seluruh mahasiswa/i Universiti Malaysia Kelantan adalah eset bagi kami terus bersemangat walaupun pada hakikatnya, kekuatan itu datangnya daripda Allah menerusi ayat-ayat kita sucinya.. Semoga apa yang kita usahakan menjadi satu saham sebagai bekalan ke akhirat kelak.

Dakwah itu NO1 Tetapi Belajar Bukan NO 2.
"Biar Islam Jadi Sanjungan, Ilmu Jadi Penyuluh Kehidupan"

No comments:

Post a Comment