Tuesday 23 April 2013

Kita Sang Pejuang




Kita sang pejuang,
umpama bebintang,
Meski jauh tetap terang,
Meski kekadang hilang. tetap bercahaya
Jauh di renung ke dalam jiwa
Saling menunjuk arah tujuan
Walau kadang kelipan pudar,
Namun penyeri kepada rembulan…


Kita Sang Pejuang,
Tak berhenti melangkah kerana kemuncup yang melekat,
Tak mengeluh kerana duri yang tertancap,


Kita sang pejuang,
Pasti ketemu ranjau sepanjang jalan,
Kerana dari situ kita ketemu kemanisan berjuang,


Kita sang pejuang,
Adalah sang singa yang gagah bertempur disiang hari,
Namun malam adalah sang abid yang merintih sayu mengenang dosa..


Kita Sang Pejuang
mengangkat senjata di medan perang,
wira di dunia tanpa sempadan,
tajamnya pena di warkah harian,
lidah yang petah berhujah,
seluruh kudrat dikerah
seluruh keringat tercurah


Kita sang pejuang ,
Biarlah terhina dimata insan,
Namun mulia dipandangan tuhan

Kita sang pejuang,
Andai terpisah didunia fana,
Moga kita berterbangan bebas 

mencari syurga bersama
para syuhada kelak..


~Ahmad Husna B. Mohamed~ 

Monday 22 April 2013

~alahai manusia~


Nak kongsi satu cerita untuk renungan sahabat semua..ini bukan rekaan tapi kenyataan..

          Masa cuti akhir sem lepas,,ada sorang akak ni ajak ana join pogram di Muar,,katanya pogram belia..ana pun minta izin mak nak join pogram tu..tapi pergi bertiga la dengan adik dan akak..yela,,saja nak isi masa terluang kan..perjalanan dari tempat kami ambil masa dalam 2 jam lebih..kami bertolak jam 4 petang dan sampai dalam jam 6.30..sampai saja di tempat pogram kami diminta untuk berkumpul ..yang pasti time tu semua orang tak solat asar lagi..yela pergi jam 4 kan,belum masuk waktu asar lagi..melilau-lilau mata kami cari surau kat kawasan tu tapi tak nampak pun surau..then,,terpandang lah sorang akak ni yang pakai tudung labuh..ana ckap kat akak ana, “eyh,entah-entah dia nak pergi sembayang kot..mana tau ada surau kat sana kan..”. kami pun ikut la akak tdung labuh tu..em,,memang tepat la tekaan kami,,ada khemah khas disediakan kat situ..

          Waktu tu dah hampir pukul 7 jugak la..tahu tak apa yang berlaku???oh lupa bagitau,,kami pergi 2 bas..yang join tu mejoriti umur 35 ke 50 macam tu lah..yang budak-budak belia ni tak ramai sangat naik bas dengan kami..ok…sambung semula la cerita...nak tahu kana pa yang jadi??haaa….nak bagi tahu la..kat tempat tu boleh dikatakan ramai la orang..lebih seribu jugak la..tapi…..masa kami solat asar tu,,boleh dikira berapa orang yang solat..tak tahu la sebelum waktu kami solat kan..yang pasti,,kakak2,,makcik2,,adik2 yang naik bas dengan kami takda sorang pun yang jejak kaki kat khemah solat 2 melainkan kami bertiga..herrmm..agak sedih la bila berlaku depan kita perkara cam tu kan..same jugak masa solat magrib,,tetap berlaku benda yang sama…astaghfirullah..yang pelik lagi,,boleh pulak diorang bergegas nak tukar pakaian sedangkan solat yang wajib ni dibiarkan..manusia…0h manusia…

          So??apa yang kamu semua dapat??dunia ni sementara je kan..kita selalu ja ‘cepat’ bila urusan dunia..tapi bila urusan akhirat cam solat tadi kite pon ‘cepat’ jugak kan…cepat ape?? ‘cepat’ urusan dunia = ‘cepat buat’.. ‘cepat’ urusan akhirat = ‘cepat tinggal’…wajar ke??

~ bersama menuju redha Allah ~

Saturday 20 April 2013

..Syukuri Apa yang Ada..




harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
allah mengasihimu setiap masa
di uji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar di lalaikan
hanya yg terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rhmatnya
allah rindu mendengarkannya
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghdapi
segala ujian di beri
maka bersyukurlah selalu

~Annazifah binti Bonnijin~

~ ujian itu kadang kala dapat menjadi penguat bagi yang lemah & menjadi pelengkap kepada kekurangan..
marilah tetap bersabar.. sesungguhnya itu merupakan ubat y mujarab untuknya~
#ada seorang ustazah bg tip, kalo tengah sedih, cuba sujud lama2, cerita pad Dia, nescaya kau tidak akan menyesal mengenainya, insyallah, nanti tenang sahaja, sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang#

syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah,
tetap jalani hidup ini,
dan lakukan yang terbaik
(n_n )

Tuesday 16 April 2013

KISAH PENCIL DAN PEMADAM




Pensil : Maafkan aku.

Pemadam : Maafkan utk apa? Kamu tidak melakukan kesalahan apa2.

Pensil: Aku minta maaf kerana telah membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu ada untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu menghapus kesalahanku, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil setiap saat.

Pemadam : Hal itu benar. Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu, untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari nanti, aku tahu bahwa aku akan pergi dan kau akan menggantikan diriku dengan yang baru. Aku sungguh bahagia dgn perananku. Jadi tolonglah, kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih.

Kisah percakapan antara pensil dan penghapus sungguh bermakna.


Orang tua kita layaknya penghapus sedangkan kita layaknya pensil. Mereka (Orang tua) selalu ada untuk anak2 mereka, memperbaiki kesalahan anak-anaknya.

Terkadang, seiring berjalannya waktu...

Mereka akan terluka dan akan menjadi semakin kecil(Dalam hal ini, maksudnya bertambah tua dan akhirnya wafat).

Walaupun anak2 mereka akhirnya akan bertemu dengan seseorang yang baru (suami atau isteri), namun orang tua akan selalu tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka merasa khuatir ataupun sedih.

"Hingga saat ini, saya masih selalu menjadi si pensil.. Dan sangat menyakitkan bagi diri saya untuk melihat si penghapus atau orang tua saya semakin bertambah "kecil" dan "kecil" seiring berjalannya waktu. Dan saya tahu bahwa kelak suatu hari, yang tertinggal hanyalah "geseran" si penghapus dan segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka..."
~hargailah mereka, sementara dia ada disisimu..~

Solat Jamak



Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM. 

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir. 

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah. 

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

[Zuhur-Asar]

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

[Maghrib-Isyak]

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

[Asar-Zuhur]

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


[Isyak-Maghrib]

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar


Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

~TINGGALKAN YANG HARAM~



Pada suatu malam yang hening, seorang lelaki yang kelaparan berjalan-jalan disekitar Madinah. Ketika mencari makanan, lelaki itu terbau makanan yang enak dari sebuah rumah berhampiran. Keadaan rumah itu gelap menandakan penghuninya sudah tidur. Oleh kerana nafsu laparnya tidak dapat dikawal , tambahan pula tiada wang untuk membeli makanan, akhirnya dia mendapat ilham.

Sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada orang yang melihat beliau. Lelaki itu menghampiri rumah tersebut dan memasukinya. Sebaik sahaja ia memasukinya, ia mencari dimanakah letaknya bau makanan yang enak tersebut dan ia menjumpainya. Tanpa berlengah , dia segera mencapai makan tersebut. Namun langkahnya terhenti , tatkala pesanan Rasulullah saw semasa kuliah maghrib pada malam tersebut bermain-main diminda pemuda itu.

Di dalam majlis ilmu tersebut, rasulullah saw berpesan, “barang siapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal” . lantaran teringat pesanan itu, niatnya untuk mencuri makanan tersebut tidak diteruskan walaupun pada masa itu dia pun masih kabur apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda.

Akhirnya, lelaki itu beredar dari tempat makanan tersebut.

Ketika mahu melangkah keluar, dia ternampak sebuah almari. Dibawah almari tersebut terdapat sebuah laci. Lantas dia segera membukanya. Alangkah terkejutnya dia , apabila terpandang barang kemas yang tersimpan disitu. 
“sudah tentu aku tidak perlu bekerja keras jika mendapat emas sebanyak itu”, fikrnya didalam hati.

Dia segera menggengam emas itu untuk dimasukkan didalam poket baju, tetapi sebaik sahaja ia mengenggamnya, pesanan rasulullah saw masih terngiang-ngiang di ditelinganya.
“tinggalkan yang haram, percayalah kamu akan mendapat yang halal.”
Sekali lagi, niatnya terbatal. Oleh kerna tidak jadi mengambil emas tersebut dia pun segera meninggalkan tempat tersebut. Ketika melewati sebuah bilik, matanya terlihat seorang wanita cantik sedang tidur.

Tergoda dengan nafsu lelakinya, lantas menghampiri wanita tersebut. Nafsunya meluap-luap. tambahan pula, hasutan syaitan durjana memujuknya untuk mengikuti nafsu rijjalnya. Ketika itu nafsu dan imannya sedang berperang hebat.

Namun, maha suci Allah, Dia ingin memelihara lelaki tersebut, sekali lagi pesanan kekasihNya, Nabi Muhammad saw menusuk kuat didalam dirinya , disaat tangannya mahu menyentuhi tubuh wanita tersebut.

Mulutnya lantas beristighfar memohon ampun atas kesilapannya itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar  tanpa sempat menutup semula pintu bilik sebagaimana dia membuka tadi.


Setelah gagal memperolehi apa yang menjadi hajatnya, dia kembali ke masjid dan tanpa disedarinya, subuh hampir menjelang. Setelah solat subuh secara berjemaah , dia kemudian pergi ke serambi lalu berbaring. Akhirnya matanya ikut terlelap lantaran semalaman berjaga.

Apabila matahari sudah naik dan hari mula siang, seorang wanita bertemu dengan baginda nabi Muhammad saw yang ketika itu masih berada di masjid.

Ya Rasulullah, malam tadi rumahku telah dimasuki oleh pencuri, tetapi mujurlah tiada barangku yang hilang.  Saya percaya pencuri itu akan datang lagi. Saya menjadi takut dan memohon kau mendapatkan seorang pengawal untuk mengawal rumah saya.” Beritahu wanita itu dengan harapan hajatnya ditunaikan.

“wahai puan, dengan siapakah kamu tinggal?” rasulullah saw bertanya.

“saya seorang janda dan tinggal seorang diri, ya Rasulullah, “ jawabnya jujur.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan tersebut, baginda memandang di sekitar masjid jika ada sesiapa yang boleh ditawarkan menjadi pengawal rumah wanita tersebut. Lantas, Rasulullah saw terpandang lelaki tadi yang sedang berbaring diserambi masjid.

Lalu baginda mengejutkan lelaki tersebut dan bertanya, kepadanya, “ hai lelaki, apakah pekerjaanmu sehingga kamu tertidur disini?”

“Ya Rasulullah, saya tidak punyai sebarang pekerjaan tetap"

“Adakah kamu sudah berkeluarga?”

“Saya seorang duda yang kematian isteri. Sejak itu, hidup saya tidak terurus kerana sedih dengan pemergiannya, ya Rasulullah.”

“Bagaimana kalau aku tawarkan kamu satu pekerjaan?”

“Apakah perkerjaan itu Ya Rasulullah?"

“Menjadi pengawal rumah seorang perempuan,”

“Tapi, siapakah perempuan itu?

“Perempuan itu seorang janda, dan memerlukan seorang seorang pengawal rumahnya yang telah dimasuki pencuri. Dia bimbang pencuri itu akan masuk kembali kerumahnya.” Balas Rasulullah

Kemudian Rasulullah saw memperkenalkan wanita tersebut kepada lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat wanita tersebut. Kerna wanita itu lah yang hampir mencairkan keimannya pada malam terbabit.

“Tetapi saya seorang duda, dan dia seorang janda, tentulah tidak elok jika saya berada dirumahnya pada malam hari. “ suara kebimbangannya diutarakan.

“jika itu, bagaimana jika saya mencadangkan kalian bernikah supaya dapat menjadi penjaga rumah tersebut dan wanita ini daripada sebarang gangguan.”

Lelaki itu tidak menjawab. Dia tersipu-sipu malu. Tidak kurang juga pada si wanita, hatinya berasa malu namun didalam hatinya dia juga tidak keberatan dengan cadangan yang dibuat oleh Rasulullah.

“Apa pendapat kamu wahai pemuda?” Tanya Rasulullah.

Oleh kerna terlalu terharu dengan permintaan Rasulullah saw, lelaki itu kemudiannya membuka rahsia malam terbabit. Dia menceritakan prihal apa yang telah dilakukan didalam rumah wanita berkenaan, dek kerana terajak dengan godaan nafsunya. Tetapi setelah diasak oleh pesanan rasulullah saw , membuatkan niat jahatnya itu tidak terlaksana. Dia tersedar dan lantas bertaubat.

Akhirnya Rasulullah menikahkan mereka berdua bersaksikan para sahabat. Sebaik sahaja mereka bernikah, barulah si pemuda menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah disebalik pesanan baginda saw supaya meninggalkan yang haram dan mendapat yang halal.
Lelaki itu bersyukur kehadrat Allah kerna telah menyelamatkan dia dari terus terjebak daripada bisikan hawa nafsu dan syaitan.
Alhamdulilah..



~ sedarilah tidak rugi jika kau buat sesuatu yang baik, berusahalah melawan hawa nafsu dan ajakkan syaitan durjana. Dunia ini umpama sebuah kebun yang kau perlu untuk memucuk tanam diatasnya, dan diwaktu amal mu diperhitung, itulah masanya kau menuai apa yang telah kau tanam sepanjang hidupmu didunia. Semoga kita semakin hari semakin merapati redaNya, amiin , jagalah dirimu wahai saudara dan saudari yang disayangi, semoga kelak kita akan bersama-sama berkumpul diJannahNya (“,), semoga mendapat iktibar.. ~