Monday 19 March 2012

~Syukur~

Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sebenarnya mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah. 

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
 “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah Al-Baqarah: ayat 156-157)

Bahagian syukur itu ada tiga:

1.syukur pada hati
-mengetahui bahawa segala nikmat itu datangnya daripada Allah S.W.T

2.syukur pada lisan
-memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah S.W.T dengan lisannya

3.syukur pada segala anggota
-mengerjakan dengan perbuatan seperti beramal soleh, bersedekah



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (Al-Quran: Ar-Rahman, ayat 13)

No comments:

Post a Comment