Thursday 17 January 2013

~ 10 Muwasafat Tarbiyah ~


Imam Hassan Al-Banna seorang mujadid Islam yang terkenal  telah menetapkan beberapa marhalah ataupun tingkatan dakwah yang harus dilalui bagi membentuk sebuah negara Islam.
1) Fardhil Muslim (individu muslim)
2) Baitul Muslim (keluarga muslim)
3) Mujtama' Muslim (masyarakat muslim)
4) Daulah Islamiyah (negara Islam)


Untuk membina melepasi marhalah yang pertama dalam tingkatan dakwah, maka tidak boleh tidak, perlunya kepada setiap individu muslim untuk muhasabah semula diri sendiri dan kenali diri anda. Muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan timbang tara(check & balance) terhadap dirinya sendiri. 



Antara aspek-aspek yang menjadi yang perlu kita nilai balik, sejauh mana pencapaian dalam diri kita adalah
1)Aqidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sohih
3) Akhlak yang mantap
4) Berpengetahuan luas
5) Memiliki tubuh yang sihat
6) Bermujadalah melawan hawa nafsu
7) Mampu Berdikari
8) Tersusun di dalam urusan
9) Menepati masa
10) Bermanfaat untuk orang lain


Sekiranya setiap aspek tersebut dapat kita perbaiki dan meningkatkan kualiti setiap daripada aspek tersebut, maka pastinya kita bakal menjadi seorang yang super dalam setiap perkara yang kita lakukan di samping masyarakat akan menjadikan kita sebagai rujukan dalam membina diri mereka ke arah yang lebih baik.

Muhasabah ini haruslah dilakukan secara berterusan dan istiqamah.Sekirannya muhasabah ini dapat dilakukan secara berterusan dan istiqamah, maka kita akan merasakan diri kita ke arah kebaikan akhirnya pasti kita akan menjadi seorang yang berpewatakan super, bukannya superman, bukannya ultraman tetapi seorang muslin yang memiliki peribadi super. Jadi sebagai penutup kalam, saya dengan ini menyeru ingin menyeru diri saya terutamanya serta sahabat-sahabat supaya mari kita sama-sama membetulkan diri, kuburkan segala yang buruk dan Islahkan segala yang baik dalam diri kita disamping membentuk akhlak-akhlak sebagai seorang muslim yang berperibadi super. Selamat Beramal.... :)