Wednesday 15 August 2012

~ Lailatul Qadar ~


Dari 'Abdullah bin Mas'ad r.a., katanya: "Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun nescaya dia bertemu dengan "Malam Qadar"
 
Jawab Ubay, "Demi Allah! Malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Aku tahu malam itu, di mana Rasulullah saw. menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu), iaitu yang kedua puluh tujuh Ramadhan.
 
Tanda-tandanya ialah, esok pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang mencorot."

(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0736.)





ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.
.Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.

Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.

Saat Makbul Doa

.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
  1. Masa berlalunya separuh malam.
  2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.

.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.


No comments:

Post a Comment