Saturday 28 April 2012

~ Khusyuk ~























Bismillahirrohmanirrohim..

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya."
Surah Al-Mukminun: (Ayat 1 & 2)

Allah S.W.T  telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa di antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Lalu manusia yang beriman semampu daya dan usaha mereka untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat. Namun tahukah kita apakah erti khusyuk di dalam solat yang sebenar?
khusyuk bermaksud: Menumpukan perhatian dan ingatan sepenuhnya kepada Allah semasa melakukan ibadah.
Semasa menunaikan solat, kita perlu berusaha untuk menumpukan seluruh perhatian kepada Allah semata-mata.
Ada pendapat mengatakan, untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat, kita boleh membayangkan zat Allah ada di hadapan kita, malaikat maut ada di belakang kita, syurga ada di sebelah kanan kita, dan neraka ada di sebelah kiri kita. Namun,ada juga yang mengatakan bahawa kita perlu memahami maksud dalam solat tersebut untuk mendapat tumpuan sepenuhmya dalam menunaikan solat.
Walaubagaimanapun, ini adalah sekadar cara dan kaedah yang kita boleh gunakan untuk mempersembahkan yang terbaik kepada pencipta kita, Allah, Robbul A'lamin.

Antara kelebihan khusyuk dalam solat adalah:


  1. Mendapat keredhaan Allah
  2. Ibadah yang dilakukan lebih sempurna
  3. Mendapat ketenangan jiwa dan kelapangan hati
  4. Boleh menambahkan keimanan kepada Allah dan Rasul
  5. Boleh mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar
Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam memperbaiki kesempurnaan solat yang kita lakukan saban hari dan waktu. "Sesungguhnya solat yang baik itu dapat mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar."

p/s : solat yang sempurna dapat mengecas semula tenaga kita setelah penat bekerja atau berfikir seharian. Badan kita memerlukan tenaga dan makanan rohani..Ayuh!! top-up tenaga dengan solat..~~

No comments:

Post a Comment