Thursday 28 March 2013

Tahukah Anda?


~KURMA~


Menurut kajian saintifik, 100 gram buah tamar mempunyai 60-70% karbohidrat , 15.3% air , 2.5% protein , 0.04% lemak , 2.1 % garam mineral dan 3.9% serat. karbohidrat yang tinggi didalam kurma dapat berfungsi sebagai agent untuk mendapatkan tenaga bagi melakukan sebarang aktiviti. 



Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi. 

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. 

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. 
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri. 



Ini telah membuktikan bahawa sesungguhnya amalan dan perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.



~jom amalkan sunnah nabi, nescaya tiada yang rugi~


Tuesday 26 March 2013


Muamalah dan akhlak

PERNIAGAAN TANPA AKHLAK……BAGAIMANA???

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

      “kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(dalam timbangan dan        sukatan) iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain,mereka kurangi.”
                                                                                     ( al-Mutafifin:1-3 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

       “ peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, solihin dan orang-orang yang mati syahid.”
                                                        ( riwayat Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah )

Di sinilah letaknya keindahan Islam yang memfokuskan tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan, sehinggakan dalam bidang muamalah, permasalahan akhlak turut menjadi tumpuan utama. Rasulullah SAW tidak mengajar ilmu perniagaan kerana baginda tahu sifat semulajadi manusia yang sentiasa akan mencari-cari kaedah-kaedah yang sesuai bagi memajukan perniagaan dan mendapatkan keuntungan semaksimum yang boleh. Tetapi Rasulullah SAW mengajar kita tentang akhlak dalam perniagaan. Misalnya Rasulullah SAW ingatkan kita tentang bahayanya riba’ dalam masyarakat, kerana boleh menyebabakan permusuhandan ketidakpuasan di hati pelanggan. Riba’ juga menyebabkan penganiayaan kepada pihak lain. Kerana itylah Rasulullah SAW memeberi amaran keras kepada si pemakan riba’ sebagaimana hadis Rasulullah SAW, diriwayatkan daripada Jabir r.a yang bermaksud :

        “ Allah melaknat orang yang memakan riba’, orang yang memberi riba’, dua    orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba’), mereka sama saja.”
                                                                            (Riwayat muslim dan Ahmad)

Kita telah melihat perkaitan akhlak dengan kehidupan manusia itu sendiri. Maka jelaslah setiap perilaku dan urusan yang kita lakukan, persoalan akhlak tidak boleh dipisahkan sama sekali. Tidak kiralah sam ada dalam soal ibadah, ekonomi, politik ataupun dalam soal sosial. Apabila akhlak cuba diasingkan dalam semua urusan di atas, maka pincanglah ia kerana telah bergerak keluar dari landasan yang telah ditetapkan oleh islam.

Wednesday 20 March 2013

Dunia


      


       Dunia ini merupakan tempat pengsinggahan bagi tiap makhluk ciptaanNya.Subhana Allah , Maha suci Allah.Maha Pemurahnya Yang Esa telah memberi  kita kesempatan dan  peluang bagi mengkecapi dan merasai nikmat bermusafir diatas bumi yang terbentang indah ini.Dan disinilah kita temukan pelbagai nikmat seperti nikmat keindahan cinta,Islam, kesihatan dan pelbagai lagi. Yang mana, jikalau kita mahu menghitungnya, nescaya ianya hanyalah sia-sia.

       Namun persoalannya, apakah kita mengunakan setiap pemberian anugerah nikmat itu dengan sebaiknya? Adakah nikmat itu bakal mendekatkan diri kita dengan syurgaNya dan menjauhkan kita dari azab neraka? Mari cubalah diagnosis diri.
  
       Dari Amr bin ‘Auf radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khawatirkan menimpa kalian. Akan tetapi aku khawatir ketika dibukakan kepada kalian dunia sebagaimana telah dibukakan bagi orang-orang sebelum kalian. Kemudian kalian pun berlomba-lomba dalam mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang terdahulu itu. Sehingga hal itu membuat kalian menjadi binasa sebagaimana mereka dibinasakan olehnya” [HR Bukhari & Muslim]

      Perjalanan singkat diatas dunia ini, akan  bakal menentukan dimanakah destinasi akhir  kita di sana nanti.Allah itu adalah Maha adil.Dia akan memberi imbalan keatas sekecil- kecil amalan hinggalah sebesar-besar amalan yang dilakukan oleh para hamba Nya. Dunia ini adalah ibarat sebagai satu check point sebelum kita menemui al-Khalid. 

       Wahai saudara yang disayangi, jagalah hal dunia mu.  Ikutilah guide yang telah dititipkan oleh rasulullah s.a.w  buat kita umat yang disayangi bagainda.. (ya!!penunjuk aras y dimaksudkan adalah al-quran dan as-sunnah). Percayalah, kita takkan rugi apabila mengamalkannya. Kau ingat bukan?, pesanan Rasulullah tatkala menyampaikan khutbah Wada’ (khutbah perpisahan)?  .. “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku..

       Namun, ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan segala hal dunia. Teringat saya pada kata-kata Hilal Asyraf, seorang novelis islam muda. Katanya “Dunia ini kita perlu pandangnya sebagai makanan. Banyak sangat pun tak boleh. Sikit sangat pun tak boleh. Bersederhana. Biar kita yang mempergunakan dunia. Bukan dunia yang mempergunakan kita.” .

      Ingatlah allah tidak pernah sekalipun melarang para hambaNya untuk mengutip kenikmatanNya didunia, tetapi perlulah berpada-pada dan berserderhana. Saya titipkan rujukkan surah Al-Qasas ayat 77..“ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, & janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi & berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, & janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” . 
    
      Seandainya penunjuk jalan yang dipegang adalah warkah Al-Quran dan lebaran Sunnah baginda s.a.w , insya Allah,kita tidakkan tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya. Semoga Allah mendampingi hidup kita. Selawat dan salam buat utusan mulia, Nabi Muhammad s.a.w berserta keluarganya.

Tuesday 19 March 2013

Pesanan Buat Umat Yang Terkemudian..


Saat itu tiba,
Tatkala nyawanya dihujung usia,

Tatkala umat yang akan ditinggalkan 
Tidak tahu bagaimanakah nasibnya,
Tergenang air jernih dikelopak mata
Apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
Buat umat yang terkemudian..

Selawat & salam buatmu, Ya Nabi Junjungan,
Ya Nabi, 
maafkan kami kerna belum bisa menjadi umat y baik buat mu,
Rindu kami tertaut padamu,
Adakah bisa kita bersua disana?
Kami tautkan pengharapan untuk dapat menatap tiap inci wajahmu,
Maafkan kami kerna selalu mngecewakanmu..
Sering membuat air mata kekhutiranmu mengalir kerna kealpaan kami..
Ya nabi, syafatilah kami..

 ~insan yang merindui dan mendambakan cintamu~




saat itu akhirnya tiba, disaat seluruh alam menjadi saksi selesainya tugasnya sebagai seorang nabi..Khutbah terakhir  (khutbah wada)  disampaikan oleh Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah (632 Masehi) di Lembah 'Uranah di Arafat, Makkah. Selepas memanjatkan syukur dan pujian kepada Allah swt, Rasulullah mengatur kata-katanya untuk tatapan buat umat yang terkemudian..


"Ya, Saudara - saudaraku, 
perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Karenanya dengarkan baik-baik apa yang kukatakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.

Ya, Saudara - saudaraku, 

seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini, dan kota ini adalah suci, karenanya pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah swt. dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.Allah swt. telah melarangmu memungut riba, karenanya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.



Ya, Saudara - saudaraku, 
adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, Saudara - saudaraku, 

dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal - Sholeh. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti. 


Ya, Saudara - saudaraku, 
tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada Agama lain yang lahir. Karenanya nilailah baik-baik,ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat. 


Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini bisa lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaranMu kepada umatMu."

~semoga bermanafaat dalam selangkah mengapai RedaMu~


#rujukkan : biografi Muhammad Bin Abdullah_Perjalanan hidup seorang nabi#


Monday 4 March 2013

~ Sabar Dengan Ujian Allah ~


Pernahkah anda mengalami stress yang melampau? Mungkin ada antara kita yang pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan seperti membunuh diri dan mencederakan diri sendiri ketika menghadapi tekanan yang melampau.
Ada juga yang gemar menjerit terpekik terlolong ketika stress menyelubungi diri. Saya sendiri contohnya, pernah menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata kerana memesan semua menu yang terdapat di McDonald akibat stress yang melampau.


Syeikh al-'Arifi, seorang penulis buku Arab yang terkenal menceritakan kisah beliau tatkala beliau berkunjung ke Madinah al-Munawwarah untuk menziarahi sahabatnya Khalid. Dalam pertemuan itu, Khalid mengajak beliau untuk menziarahi sahabat mereka berdua, Dr. 'Abdullah. Dr. 'Abdullah merupakan seorang cendekiawan yang terkenal dengan akhlak yang mulia dan beliau sentiasa tersenyum.
Kisah Dr. 'Abdullah ini cukup menyayat hati. Beliau diuji dengan dugaan yang sangat kuat oleh Allah S.W.T.
Suatu hari, anak lelaki sulung beliau membawa semua ahli keluarganya ke satu kenduri perkahwinan tidak jauh dari rumah mereka. Hanya Dr. 'Abdullah yang tidak ikut serta ekoran tuntutan kerjaya beliau di universiti. Siapa sangka itulah kali terakhir beliau hidup bersama mereka. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu anak sulungnya kemalangan dan mengorbankan keseluruhan ahli keluarganya, kesemua 11 orang!
Walaupun Dr. 'Abdullah selalu bersabar apabila menghadapi pelbagai ujian, tetapi beliau tetap seorang manusia biasa. Beliau tetap punya hati dan perasaan dan mata yang bisa menangis. Dia juga mempunyai jiwa yang kadangkala gembira dan kadangkala sedih.
Sungguhpun berita itu sangat merapuhkan hati, beliau tetap menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan mereka dengan tangannya sendiri. Setelah selesai pengebumian, Dr. 'Abdullah pulang ke rumahnya yang pernah dihuni oleh anak-anak dan isteri beliau. Dengan hati yang masih terluka, beliau mula menjelajah ke segenap pelusuk rumah. Sunyi, sangat sunyi. Tidak seperti sebelumnya.
Beliau memandang mainan yang terbiar di atas lantai. Tiada lagi Khulud dan Sarah yang riang bermain dan kadang-kadang berebut permainan sampai bertelingkah kecil. Sungguh girang hati-hati suci itu!