Tuesday 26 March 2013


Muamalah dan akhlak

PERNIAGAAN TANPA AKHLAK……BAGAIMANA???

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

      “kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(dalam timbangan dan        sukatan) iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain,mereka kurangi.”
                                                                                     ( al-Mutafifin:1-3 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

       “ peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, solihin dan orang-orang yang mati syahid.”
                                                        ( riwayat Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah )

Di sinilah letaknya keindahan Islam yang memfokuskan tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan, sehinggakan dalam bidang muamalah, permasalahan akhlak turut menjadi tumpuan utama. Rasulullah SAW tidak mengajar ilmu perniagaan kerana baginda tahu sifat semulajadi manusia yang sentiasa akan mencari-cari kaedah-kaedah yang sesuai bagi memajukan perniagaan dan mendapatkan keuntungan semaksimum yang boleh. Tetapi Rasulullah SAW mengajar kita tentang akhlak dalam perniagaan. Misalnya Rasulullah SAW ingatkan kita tentang bahayanya riba’ dalam masyarakat, kerana boleh menyebabakan permusuhandan ketidakpuasan di hati pelanggan. Riba’ juga menyebabkan penganiayaan kepada pihak lain. Kerana itylah Rasulullah SAW memeberi amaran keras kepada si pemakan riba’ sebagaimana hadis Rasulullah SAW, diriwayatkan daripada Jabir r.a yang bermaksud :

        “ Allah melaknat orang yang memakan riba’, orang yang memberi riba’, dua    orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba’), mereka sama saja.”
                                                                            (Riwayat muslim dan Ahmad)

Kita telah melihat perkaitan akhlak dengan kehidupan manusia itu sendiri. Maka jelaslah setiap perilaku dan urusan yang kita lakukan, persoalan akhlak tidak boleh dipisahkan sama sekali. Tidak kiralah sam ada dalam soal ibadah, ekonomi, politik ataupun dalam soal sosial. Apabila akhlak cuba diasingkan dalam semua urusan di atas, maka pincanglah ia kerana telah bergerak keluar dari landasan yang telah ditetapkan oleh islam.

No comments:

Post a Comment