Dunia ini merupakan tempat pengsinggahan bagi tiap
makhluk ciptaanNya.Subhana Allah , Maha suci Allah.Maha Pemurahnya Yang Esa
telah memberi kita kesempatan dan peluang bagi mengkecapi dan merasai nikmat
bermusafir diatas bumi yang terbentang indah ini.Dan disinilah kita temukan pelbagai nikmat seperti nikmat keindahan
cinta,Islam, kesihatan dan pelbagai lagi. Yang mana, jikalau kita mahu
menghitungnya, nescaya ianya hanyalah sia-sia.
Namun persoalannya, apakah kita mengunakan setiap pemberian
anugerah nikmat itu dengan sebaiknya? Adakah nikmat itu bakal mendekatkan diri kita
dengan syurgaNya dan menjauhkan kita dari azab neraka? Mari cubalah diagnosis
diri.
Dari Amr bin ‘Auf
radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi
Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khawatirkan menimpa kalian. Akan tetapi aku
khawatir ketika dibukakan kepada kalian dunia sebagaimana telah dibukakan bagi
orang-orang sebelum kalian. Kemudian kalian pun berlomba-lomba dalam
mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang terdahulu itu. Sehingga hal itu
membuat kalian menjadi binasa sebagaimana mereka dibinasakan olehnya” [HR
Bukhari & Muslim]
Perjalanan singkat diatas dunia ini, akan bakal menentukan dimanakah destinasi
akhir kita di sana nanti.Allah itu adalah Maha adil.Dia akan memberi imbalan keatas sekecil- kecil amalan hinggalah
sebesar-besar amalan yang dilakukan oleh para hamba Nya. Dunia ini adalah
ibarat sebagai satu check point sebelum kita menemui al-Khalid.
Wahai saudara yang disayangi, jagalah hal dunia
mu. Ikutilah guide yang telah dititipkan
oleh rasulullah s.a.w buat kita umat
yang disayangi bagainda.. (ya!!penunjuk aras y dimaksudkan adalah al-quran dan as-sunnah). Percayalah,
kita takkan rugi apabila mengamalkannya. Kau ingat bukan?, pesanan Rasulullah tatkala
menyampaikan khutbah Wada’ (khutbah perpisahan)? .. “Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
AI-Quran dan Sunnahku.. “
Namun, ini tidak bermakna kita
perlu meninggalkan segala hal dunia. Teringat saya pada kata-kata Hilal Asyraf,
seorang novelis islam muda. Katanya “Dunia ini kita perlu pandangnya sebagai
makanan.
Banyak sangat pun tak boleh. Sikit sangat pun tak boleh. Bersederhana. Biar
kita yang mempergunakan dunia. Bukan
dunia yang mempergunakan kita.” .
Ingatlah allah tidak pernah
sekalipun melarang para hambaNya untuk mengutip kenikmatanNya didunia, tetapi
perlulah berpada-pada dan berserderhana. Saya titipkan rujukkan surah Al-Qasas
ayat 77..“ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, & janganlah
kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi & berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik,
kepadamu, & janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.”
.
Seandainya penunjuk jalan yang dipegang adalah
warkah Al-Quran dan lebaran Sunnah baginda s.a.w , insya Allah,kita tidakkan
tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya. Semoga Allah mendampingi hidup
kita. Selawat dan salam buat utusan mulia, Nabi Muhammad s.a.w berserta
keluarganya.
No comments:
Post a Comment