Tuesday 16 April 2013

~TINGGALKAN YANG HARAM~



Pada suatu malam yang hening, seorang lelaki yang kelaparan berjalan-jalan disekitar Madinah. Ketika mencari makanan, lelaki itu terbau makanan yang enak dari sebuah rumah berhampiran. Keadaan rumah itu gelap menandakan penghuninya sudah tidur. Oleh kerana nafsu laparnya tidak dapat dikawal , tambahan pula tiada wang untuk membeli makanan, akhirnya dia mendapat ilham.

Sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada orang yang melihat beliau. Lelaki itu menghampiri rumah tersebut dan memasukinya. Sebaik sahaja ia memasukinya, ia mencari dimanakah letaknya bau makanan yang enak tersebut dan ia menjumpainya. Tanpa berlengah , dia segera mencapai makan tersebut. Namun langkahnya terhenti , tatkala pesanan Rasulullah saw semasa kuliah maghrib pada malam tersebut bermain-main diminda pemuda itu.

Di dalam majlis ilmu tersebut, rasulullah saw berpesan, “barang siapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal” . lantaran teringat pesanan itu, niatnya untuk mencuri makanan tersebut tidak diteruskan walaupun pada masa itu dia pun masih kabur apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda.

Akhirnya, lelaki itu beredar dari tempat makanan tersebut.

Ketika mahu melangkah keluar, dia ternampak sebuah almari. Dibawah almari tersebut terdapat sebuah laci. Lantas dia segera membukanya. Alangkah terkejutnya dia , apabila terpandang barang kemas yang tersimpan disitu. 
“sudah tentu aku tidak perlu bekerja keras jika mendapat emas sebanyak itu”, fikrnya didalam hati.

Dia segera menggengam emas itu untuk dimasukkan didalam poket baju, tetapi sebaik sahaja ia mengenggamnya, pesanan rasulullah saw masih terngiang-ngiang di ditelinganya.
“tinggalkan yang haram, percayalah kamu akan mendapat yang halal.”
Sekali lagi, niatnya terbatal. Oleh kerna tidak jadi mengambil emas tersebut dia pun segera meninggalkan tempat tersebut. Ketika melewati sebuah bilik, matanya terlihat seorang wanita cantik sedang tidur.

Tergoda dengan nafsu lelakinya, lantas menghampiri wanita tersebut. Nafsunya meluap-luap. tambahan pula, hasutan syaitan durjana memujuknya untuk mengikuti nafsu rijjalnya. Ketika itu nafsu dan imannya sedang berperang hebat.

Namun, maha suci Allah, Dia ingin memelihara lelaki tersebut, sekali lagi pesanan kekasihNya, Nabi Muhammad saw menusuk kuat didalam dirinya , disaat tangannya mahu menyentuhi tubuh wanita tersebut.

Mulutnya lantas beristighfar memohon ampun atas kesilapannya itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar  tanpa sempat menutup semula pintu bilik sebagaimana dia membuka tadi.


Setelah gagal memperolehi apa yang menjadi hajatnya, dia kembali ke masjid dan tanpa disedarinya, subuh hampir menjelang. Setelah solat subuh secara berjemaah , dia kemudian pergi ke serambi lalu berbaring. Akhirnya matanya ikut terlelap lantaran semalaman berjaga.

Apabila matahari sudah naik dan hari mula siang, seorang wanita bertemu dengan baginda nabi Muhammad saw yang ketika itu masih berada di masjid.

Ya Rasulullah, malam tadi rumahku telah dimasuki oleh pencuri, tetapi mujurlah tiada barangku yang hilang.  Saya percaya pencuri itu akan datang lagi. Saya menjadi takut dan memohon kau mendapatkan seorang pengawal untuk mengawal rumah saya.” Beritahu wanita itu dengan harapan hajatnya ditunaikan.

“wahai puan, dengan siapakah kamu tinggal?” rasulullah saw bertanya.

“saya seorang janda dan tinggal seorang diri, ya Rasulullah, “ jawabnya jujur.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan tersebut, baginda memandang di sekitar masjid jika ada sesiapa yang boleh ditawarkan menjadi pengawal rumah wanita tersebut. Lantas, Rasulullah saw terpandang lelaki tadi yang sedang berbaring diserambi masjid.

Lalu baginda mengejutkan lelaki tersebut dan bertanya, kepadanya, “ hai lelaki, apakah pekerjaanmu sehingga kamu tertidur disini?”

“Ya Rasulullah, saya tidak punyai sebarang pekerjaan tetap"

“Adakah kamu sudah berkeluarga?”

“Saya seorang duda yang kematian isteri. Sejak itu, hidup saya tidak terurus kerana sedih dengan pemergiannya, ya Rasulullah.”

“Bagaimana kalau aku tawarkan kamu satu pekerjaan?”

“Apakah perkerjaan itu Ya Rasulullah?"

“Menjadi pengawal rumah seorang perempuan,”

“Tapi, siapakah perempuan itu?

“Perempuan itu seorang janda, dan memerlukan seorang seorang pengawal rumahnya yang telah dimasuki pencuri. Dia bimbang pencuri itu akan masuk kembali kerumahnya.” Balas Rasulullah

Kemudian Rasulullah saw memperkenalkan wanita tersebut kepada lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat wanita tersebut. Kerna wanita itu lah yang hampir mencairkan keimannya pada malam terbabit.

“Tetapi saya seorang duda, dan dia seorang janda, tentulah tidak elok jika saya berada dirumahnya pada malam hari. “ suara kebimbangannya diutarakan.

“jika itu, bagaimana jika saya mencadangkan kalian bernikah supaya dapat menjadi penjaga rumah tersebut dan wanita ini daripada sebarang gangguan.”

Lelaki itu tidak menjawab. Dia tersipu-sipu malu. Tidak kurang juga pada si wanita, hatinya berasa malu namun didalam hatinya dia juga tidak keberatan dengan cadangan yang dibuat oleh Rasulullah.

“Apa pendapat kamu wahai pemuda?” Tanya Rasulullah.

Oleh kerna terlalu terharu dengan permintaan Rasulullah saw, lelaki itu kemudiannya membuka rahsia malam terbabit. Dia menceritakan prihal apa yang telah dilakukan didalam rumah wanita berkenaan, dek kerana terajak dengan godaan nafsunya. Tetapi setelah diasak oleh pesanan rasulullah saw , membuatkan niat jahatnya itu tidak terlaksana. Dia tersedar dan lantas bertaubat.

Akhirnya Rasulullah menikahkan mereka berdua bersaksikan para sahabat. Sebaik sahaja mereka bernikah, barulah si pemuda menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah disebalik pesanan baginda saw supaya meninggalkan yang haram dan mendapat yang halal.
Lelaki itu bersyukur kehadrat Allah kerna telah menyelamatkan dia dari terus terjebak daripada bisikan hawa nafsu dan syaitan.
Alhamdulilah..



~ sedarilah tidak rugi jika kau buat sesuatu yang baik, berusahalah melawan hawa nafsu dan ajakkan syaitan durjana. Dunia ini umpama sebuah kebun yang kau perlu untuk memucuk tanam diatasnya, dan diwaktu amal mu diperhitung, itulah masanya kau menuai apa yang telah kau tanam sepanjang hidupmu didunia. Semoga kita semakin hari semakin merapati redaNya, amiin , jagalah dirimu wahai saudara dan saudari yang disayangi, semoga kelak kita akan bersama-sama berkumpul diJannahNya (“,), semoga mendapat iktibar.. ~ 

No comments:

Post a Comment