Saturday 29 June 2013

Zaid Bin Harithah




Pernahkah anda mendengar cerita mengenai Zaid Bin Harithah? mari luangkan sebentar masa anda untuk membaca secebis dari sejarah hidup beliau. Semoga dapat sesuatu yang bermanafaat darinya. 

Zaid Bin Harithah  merupakan salah seorang sahabat yang terawal menyambut seruan islam tatkala Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w  untuk menyebarkan dakwah mengenai agama yang Hak  iaitu agama Islam. Beliau  tinggal dirumah baginda.

 Pada awalnya, ia bukanlah seorang hamba. Sewaktu beliau kecil, kaum nya telah diserang, dan ia ditawan lalu dijualnya sebagai hamba. Lelaki ini sering  bertukar-tukar tangan pemiliknya, sehinggalah, Siti Khadijah menjadi pemiliknya. Semasa srikandi ini berkahwin dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah telah menghadiahkan zaid kepada Baginda dan jadilah ia sebagai pembantu baginda S.A.W.

Setelah peperangan yang berlaku pada kaumnya tamat, si ayah kepada lelaki ini memulakan misi pencarian anak kandungannya yang terpisah ini. Dari satu tempat ke satu tempat, akhirnya si ayah mengetahui bahawa anaknya berada di Mekah bersama Rasulullah.  Lalu si ayah menemui baginda untuk menebus si anak.

Sungguh mulia hati Nabi kita ini, baginda telah menolak wang tebusan yang ditawarkan dan sebaliknya baginda S.A.W memberi Zaid sendiri membuat keputusan untuk terus tinggal bersama baginda S.A.W atau pulang bersama ayah kandungnya.

Zaid berkata, “demi Tuhan, Aku tidak akan mendapati orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih baik daripada Muhammad S.A.W walaupun ibu dan ayahku sendiri”

Kenyataan lelaki ini telah membuatkan ramai pihak terkejut termasuk si ayah dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Bagi memuliakan zaid dan si ayah, Baginda telah memerdekakan Zaid dan mengiklankan ia sebagai anak angkat baginda dan menamakan ia sebagai Zaid Bin Muhammad. 

Kemudian turun ayat  larangan  men”bin”kan anak angkat  mengunakan nama ayah angkatnya. 
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ
“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” [QS al-Ahzab: 5]

Lantas Rasulullah menukar kembali nama Zaid kepada Zaid Bin Harithah.

No comments:

Post a Comment